Hotel: Le Meridien Putrajaya
Tarikh: 6-7 November 2025
Harga: RM450 ( MATTA voucher), RM150+ (club lounge access)
Bilik: club room (upgrade dari Signature room)
Booking: hotel direct via reservation email
Salam Jumaat. Untuk edisi review kali ini kita ke IOI Resort City. Pada bulan April 2025, semasa MATTA fair saya telah membeli voucher penginapan LM Putrajaya dan voucher ini sah sehingga Feb 2026. Harga yang ditawarkan adalah lebih kurang 20-30% lebih murah dari member flexible rate yang terdapat dalam app Marriott Bonvoy dan ia adalah termasuk sarapan untuk 2 orang. Oleh kerana IOI Resort City adalah sangat jauh dan tidak banyak alternatif pengakutan awam untuk ke sana, adalah sangat sukar untuk mencari tarikh yang sesuai untuk menggunakan voucher tersebut. Baru-baru ini, Marriott Bonvoy menawarkan promosi 2025 bonus points untuk setiap stay dan saya mempunyai sesuatu acara untuk dihadiri disana, maka ini adalah waktu yang baik untuk menginap disana maka saya telah pun membuat tempahan dengan reservation team.
Check in: selepas selesai menghadiri suatu acara lebih kurang jam 1, maka saya telah pergi ke kaunter untuk check-in. Check-in mengambil masa yang agak lama kerana receptionist terpaksa bertanya kepada beberapa orang sales team siapa yang memegang voucher tersebut kerana saya telah memberitahu sales team semasa pembelian voucher, voucher akan disimpan oleh front office dan hanya akan collect sewaktu check in. Receptionist memberitahu bahawa bilik belum sedia dan dijemput untuk menunggu di Executive Lounge tingkat 20.
Bilik: Bilik club room tingkat 18 yang sangat luas (mengikut website hotel 40 sq m). Pemandangan yang boleh dinampak dari bilik ialah hotel Moxy, separa Symphony lake dan solar panels IOI City Mall. Untuk bilik ini, free minibar dengan beberapa tin minuman ringan, susu kotak dan kacang Signature Market. Semestinya, signature LM bed yang sangat empuk tidak dilupakan. Bilik ini juga mempunyai bath tub dengan signature toiletries Le Meridien iaitu Malin & Goetz. Turndown service adalah on request
Club lounge: club lounge berada di tingkat 20 menghidangkan sarapan pagi, afternoon tea, evening cocktail dan all day refreshments beroperasi dari jam 6.30 pagi hingga 10 malam. Untuk afternoon tea, 2 jenis biscuit (butter, chocolate chip), danish pastries, assorted sandwiches ditawarkan. Untuk evening cocktail pula menu yang ditawarkan seperti nasi mandi, daging masak hitam, szechuan prawn, cauliflower masala, oden, korean chicken wing, noodle station yang mempunyai 2 pilihan iaitu seaweed noodle atau fishball noodle, aiskrim, bubur gandum, mini chocolate fountain, salad, buah, pastries/tarts, cucur udang.
Breakfast di Latest Recipe: spread yang banyak termasuk Japanese selection , local, Indian, Western, Chinese. Antara menu yang menarik termasuk nasi lemak dengan rendang daging, kari ayam, sambal sotong, soto ayam dengan nasi impit, 3 jenis pilihan sup di noodle station(sup udang, sup ayam, sup sayur) dengan pelbagai condiments, yong tau foo, roti canai, Japanese selection (assorted sushi, chicken teriyaki, mixed curry, kinoko soup/sup cendawan Jepun, beberapa eye opener juice, fresh juice selection seperti watermelon dan live teh tarik station.
Maklumat tambahan: untuk yang book direct dengan hotel/Marriott Bonvoy, bolehlah menggunakan perkhidmatan shuttle van dari Putrajaya Sentral/KLIA untuk ke hotel. Boleh rujuk sini untuk waktu shuttle van https://linktr.ee/ioi.shuttle?utm_source=qr_code
Dengan ini, saya telah menginap di semua lokasi Le Meridien di Kuala Lumpur/greater KL yang termasuk LMKL, LMPJ dan LM Putrajaya #destinationunlocked seterusnya di mana ?
